USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 April 2016

31

Dollar Yen susut lebih 100 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥110.83 sebelum memanjat semual untuk menutup lebih tinggi sekitar ¥111.18; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat FOMC dan Bank of Japan minggu ini.  Pada masa yang sama, laporan terbaru tentang aktiviti pelaburan Bank of Japan.

Japan Times melaporkan bahawa walaupun nama Bank of Jepun tiada ditemui dalam fail agensi kawal selia ke atas pelabur saham utama, pembelian dana dagangan bursa (ETF) oleh BoJ telah menjadikannya antara 10 pemegang saham utama dalam kira-kira 90% daripada purata saham dalam Nikkei 225, mengikut anggaran yang disusun oleh Bloomberg daripada data awam. BoJ kini menjadi pemilik utama saham mewah Jepun, lebih banyak daripada kedua-dua BlackRock Inc, pengurus wang terbesar di dunia, dan Vanguard Group, yang menyelia lebih daripada $3 trilion.

Di bawah pelan rangsangan semasa BoJ, Bank Pusat Jepun itu membeli kira-kira ¥3 trilion ($27.2 bilion) dalam ETF setiap tahun. Walaupun pembuat dasar tidak mendedahkan bagaimana pegangan tersebut diterjemahkan kepada kepentingan dalam syarikat-syarikat individu, anggaran boleh didapati daripada rekod umum BoJ, pemfailan kawal selia oleh syarikat-syarikat dan pengurus ETF, serta statistik daripada Persatuan Pelaburan Amanah Jepun. BoJ enggan mengulas mengenai penemuan Bloomberg.

[adrotate group=”6″]

Sesetengah pelabur masih percaya bahawa BoJ mungkin memilih untuk memegang saham tersebut, kerana ia perlu menilai kesan dasar kadar negatif yang diumumkan pada 29 Jan lalu. Satu laporan setengah tahun ke atas sistem perbankan Jepun oleh BoJ baru-baru ini, berkata bahawa dasar itu telah menyebabkan beberapa gangguan dalam aliran dana dan akan menjejaskan keuntungan institusi kewangan.

Sentimen terbaru di Jepun, Perdana Menteri Shinzo Abe mengarahkan kabinet beliau untuk menyusun pakej bajet tambahan bagi membiayai pembinaan semula daripada gempa bumi baru-baru ini, yang melanda Kumamoto, wilayah di barat daya Jepun. Bajet tersebut dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat