USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Dec 2014

45

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-015Dollar Yen menyusut lebih 50 mata dari paras tertinggi Selasa, sekitar 120.80, seawal sesi dagangan pagi Asia Rabu semalam.  Paras terendah harian Rabu semalam adalah sekitar 120.30 dan dengan mood Krismas hari ini dan tahun baru minggu depan, menyaksikan para pelabur, pengurus dana dan pedagang yang mengambil untung untuk menutup dagangan bagi tahun 2014.

Walau bagaimanapun, Krismas yang bukan cuti umum di Jepun bakal menyaksikan dagangan Asia yang tipis dengan pelbagai data ekonomi yang bakal dilaporkan oleh agensi-agensi kerajaan negara matahari terbit itu.  Antara laporan yang sangat dinantikan adalah inflasi tahunan jepun -“national consumer price index” – yang dijangka menyusut dari 2.9% kepada 2.7%  Disamping itu, data ekonomi seperti “unemployment”, “industrial production” dan “household spending” juga bakal menjadi tumpuan para penganalisa pasaran.  Gabenor Kuroda bakal berucap selepas laporan minit mesyurat BoJ dikeluarkan.

Dengan ketiadaan data dari Amerika Syarikat sehingga Selasa depan dan kebanyakan broker yang bercuti hari ini; pasaran Asia dijangka dalam dagangan tipis dan mood percutian lantaran cuti umum Krismas di kebanyakan negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat