USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen yang susut lebih 40 mata pada sesi Asia Jumaat lalu, kembali memacu naik lebih 90 pips sepanjang sesi Eropah untuk mencapai paras tertinggi mingguan, sekitar 121.55 dan kemudiannya menutup sekitar paras tersebut. Dollar kembali mendapat permintaan selepas data inflasi teras AS keluar mengejutkan diluar jangkaan, 0.3% berbanding 0.2% dan inflasi kekal pada 0.1% seperti jangkaan.

Terdahulu daripada itu, Bank of Japan menyimpulkan mesyuarat dasar dua hari dan mengekalkan ransangan ekonomi dengan undian 8-1, untuk terus mengekalkan pembelian JGB dan aset komersil dengan kadar ¥80 trillion ($660 billion) setahun, dengan beberapa tumpuan dilihat kepada pertumbuhan GDP pada suku pertama, yang dilapor lebih baik dari jangkaan.

“Terdapat sedikit ketegangan di dalam mesyuarat dasar Bank of Japan. Gabenor Kuroda dan rakan sejawat dikatakan telah merasa selesa dengan dasar semasa, dan mungkin menuding kepada kejutan GDP suku pertama yang diluar jangkaan sebagai bukti yang Abenomics telah berkesan.” menurut Sean Callow, pakar strategi mata wang kanan Westpac di Sydney dalam notanya kepada klien.

Dollar yang telah memacu naik sejak Isnin, tidak banyak berubah pada ¥121.05 selepas kehilangan 0.3% semalaman pada Khamis dalam kegiatan mengambil untung. Kadar tukaran USD|JPY berada diskala puncak dua bulan, sekitar 121.50 pada pertengahan minggu lalu selepas berada dalam dagangan ‘ranging’ sejak beberapa minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat