USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Aug 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen  berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam dengan pergerakan sekitar 215 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.40 ke serendah 118.25; setelah matawang Amerika itu pulih dan yen susut sedikit selepas pasaran panik pada Isnin.

Dolar telah lemah berbanding dengan mata wang negara-negara perindustrian utama sejak Rabu lalu, apabila minit mesyuarat Feds AS menunjukkan bahawa terdapat keraguan bahawa adakah inflasi sudah meningkat cukup cepat untuk memenuhi syarat-syarat untuk kenaikan kadar. Feds akan bertemu semula pada pertengahan September.

Yen Jepun adalah matawang G-10 yang terbaik berbanding dolar pada Isnin lalu. Ia diniagakan sekitar ¥118.73 pada petang Isnin di New York, sehingga 2.7% pada hari tersebut. Pada awal sesi, secara ringkas ia meningkat kepada ¥116.96 berbanding dolar – tahap urusniaga harian tertinggi sejak awal Februari lalu.

Sejarah Jepun dengan “interest rate” yang rendah telah membuat yen antara mata wang ‘safe-haven’ utama, menurut Matt Weller, penganalisis teknikal kanan di Forex.com. Mata wang yen Jepun juga telah mendapat manfaat daripada kejatuhan dalam mata wang kuasa ekonomi baru, apabila pelabur menjual lira Turki dan real Brazil dan membeli balik yen mereka yang digunakan untuk membiayai dagangan tersebut.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat