USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Aug 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen kembali memacu naik lebih 170 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.00 sebelum menutup sekitar paras 119.90; selepas suntikan tunai oleh Bank of China untuk menyokong pasaran mereka. Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama yang lain selepas kejatuhan ke paras tujuh bulan terendah berbanding yen Jepun dan euro pada sesi sebelumnya.

Selepas jatuh pada hari Isnin berikutan panik dalam pasaran ekuiti global, mata wang Amerika itu meningkat pada Selasa. Indeks dolar, yang mengukur dolar AS berbanding enam matawang utama, susut 1.71% kepada 93.386 dalam dagangan lewat pada hari Isnin, lapor Xinhua News dari China.

Bank of China mengumumkan pada Selasa potongan dalam nisbah keperluan rizab dan “interest rate” utama yang lebih rendah. Kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China telah tenang dengan langkah itu, yang telah dijelaskan dalam kenyataan PBoC sebagai “menggalakkan penyusunan semula” kepada “menstabilkan ekonomi sebenar”.

Turun naik mata wang naik ke paras tertinggi sejak awal Julai. Indeks Komposit Shanghai jatuh ke paras lapan bulan terendah, mengetuai kejatuhan global dalam ekuiti yang telah menghapuskan sekitar $8 trilion nilai pasaran sejak PBOC menurunkan nilai yuan pada Ogos 11.

Pedagang pasaran hadapan telah menurunkan kemungkinan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” pada tahun ini kepada kira-kira 46%, yang terendah sejak sekurang-kurangnya awal tahun ini.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat