USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen terus memacu lebih 170 pips sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 121.50 hingga mencapai paras tertinggi sekitar 123.30, sebelum menutup sekitar paras 123.05; selepas para trader bimbang mengenai ekonomi Jepun lantaran amaran dari IMF berkata bahawa Perdana Menteri Abe dan bank pusat Jepun perlu mengambil tindakan yang lebih agresif.

Kenaikan nilai Dollar turut disokong apabila Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berkata, beliau menjangka untuk menaikkan “interest rate” “pada satu masa dalam tahun ini.” Data perdagangan Jepun yang dikeluarkan pada Isnin, tidak banyak memberi kesan ke atas permintaan untuk Yen, walaupun ianya lebih baik dari jangkaan.

Akaun perdagangan Japan’s kembali ke lebihan buat pertama kalinya selepas Julai 2012, dengan lebihan dagangan sebanyak ¥229.3 bilion pada bulan April. Data untuk bulan Mac juga dikemaskini kepada lebih baik, dengan pengurangan defisit kepada ¥53.4 bilion berbanding defisit ¥825.5 bilion setahun yang lalu, menurut data Kementerian Kewangan Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat