USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 Apr 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, dari paras terendah sekitar 118.75 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 119.00; setelah Dollar mendapat lebih permintaan berbanding Yen.  Para pedagang dilihat mula menutup buku dagangan bulanan dan bersedia untuk mesyuarat Bank of Japan Khamis ini.

Penganalisis menjangkakan rangsangan lanjut daripada Bank of Japan, yang akan melonjakkan pasaran ekuiti. Kemungkinan yang paling besar, menurut Pakar Strategi Credit Suisse Andrew Garthwaite, adalah BoJ akan memperluaskan program pembelian asetnya, yang boleh termasuk item-item seperti bon asing, dana amanah dan sekuriti bersandarkan aset.

Walaupun Bank of Japan adalah mungkin untuk mengurangkan jangkaan pertumbuhan dan inflasi minggu ini, persoalan rangsangan tambahan masih wujud. Bank pusat Jepun dijangka mengurangkan unjuran inflasi untuk 2015 dalam beberapa puluh basis points, dan mengurangkan jangkaan pertumbuhan daripada 2.1%. Walaupun inflasi kembali jatuh ke sifar, gabenor Haruhiko Kuroda berpendapat bahawa program QE BoJ adalah di landasan yang betul, menyebabkan ramai pakar ekonomi berfikir tambahan ransangan adalah tidak perlu buat masa ini.

Akhir tahun lepas Bank of Japan meningkatkan program QE sebanyak ¥10 trillion hingga ¥20 trillion daripada sasaran sebelum ini, ketika Federal Reserve AS mengurangkannya, dalam usaha untuk mengembangkan asas kewangan sebanyak ¥80 trillion ($86 billion).  Federal Reserve telah menolak kemungkinan menaikkan “interest rate” dalam mesyuarat awal pagi Khamis nanti, tetapi berkata ia masih optimis untuk kenaikan seawal Jun ini, dan sebahagian besarnya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat