USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Apr 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen terus berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 40 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 119.90 ke serendah 119.45; sebelum menutup pada sekitar 119.70, sekaligus mengekalkan kadar tukaran USD|JPY untuk berada di bawah pivot bulanan, sekitar 120.15, dan di bawah ’21 days moving average’.

Di Amerika Syarikat, data “unemployment claims” dan “trade balance” kedua-duanya dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dengan pemohon untuk bantuan pengangguran berkurang kepada 268 ribu berbanding 285 ribu jangkaan dan 288 ribu sebelumnya. Defisit dagangan terus berkurang kepada -$35.4 bilion berbanding -$41.2 bilion jangkaan dan -$42.68 bilion sebelumnya.

Di pasaran Jepun, kebanyakan korporat yang memulakan tahun dagangan yang baru pada 1 April lalu, kini masih lagi dalam proses pengemaskinian akaun tahunan dan audit.  Pada masa yang sama, ‘Asian Infrastructure Investment Bank yang dipelopori oleh China, nampaknya mendapat sambutan banyak negara, kecuali Jepun dan Amerika Syarikat yang mengecualikan diri.

Hari dengan data NFP Amerika Syarikat yang dijangka ‘bearish’, Yen berpotensi mendapat permintaan, melainkan laporan NFP mengejutkan pasaran.  Non Farm Payroll dijangka mengurang dari 295 ribu kepada 244 ribu tambahan pekerja.  Pada masa yang sama, kadar pengangguran AS dijangka stabil pada 5.5%

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat