USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Aug 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen susut lebih 80 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah sekitar 123.50 sebelum menutup sekitar paras 123.95; selepas Yen mendapat permintaan ekoran ramai pelabur menjangkakan Feds bakal menaikkan “interest rate” pada awal September, tetapi satu kenyataan telah menaikkan kebimbangan bahawa inflasi masih terlalu rendah.

Di pasaran Jepun pula, inflasi pengguna kekal lebih kecil daripada sifar pada bulan Jun manakala perbelanjaan isi rumah menurun, mencabar usaha bank pusat untuk merangsang inflasi.  Harga pengguna tidak termasuk makanan segar, meningkat 0.1% daripada setahun yang lalu, sedikit lebih baik daripada yang dianggarkan. Namun, ukuran yang sama untuk bandar Tokyo sahaja menunjukkan penurunan 0.1%.

Walaupun Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda membuat sedikit kemajuan ke arah sasaran 2% beliau, Bank of Japan menonjolkan pengiraan alternatif yang mengecualikan minyak dan menunjukkan kenaikan harga yang lebih besar. JPMorgan Chase & Co dan Barclays PLC adalah antara pakar ekonomi yang menganggarkan penguncupan suku kedua yang boleh menghilangkan momentum inflasi yang diramalkan akan meningkat pada akhir tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat