USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Nov 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen melonjak lebih 50 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.80 sebelum menutup sekitar paras 120.75; setelah Yen Jepun terus lemah kerana data Jepun yang terus lemah dan BoJ pula menyemak turun unjuran keseluruhan tetapi tidak memberikan sebarang bantuan.  Laporan keyakinan pengguna Jepun minggu ini, mungkin menunjukkan bahawa pengguna telah berhenti berbelanja sepenuhnya kerana pertumbuhan gaji yang tidak wujud.

Sebelum daripada itu, Dollar hilang 0.2% kepada sekitar ¥120.45 selepas kejatuhan dalam pasaran saham Tokyo menyejukkan selera untuk risiko dan menjana permintaan untuk ‘safe-haven’ Yen. Dollar sudah pun bertahan selepas Bank of Japan pada hari Jumaat lalu, mengejutkan para pelabur yang bertaruh bahawa Bank Pusat Jepun akan melonggarkan dasar kewangan dan menambah ransangan.

Di pasaran global, aktiviti perkilangan China turun untuk bulan kelapan berturut-turut pada bulan Oktober menurut indeks pengurus pembelian Caixin (PMI); sekaligus mengisi kebimbangan bahawa ekonomi China masih boleh kehilangan momentum pada suku keempat, walaupun pelbagai langkah rangsangan dilaksanakan.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat