USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen berada dalam dagangan tipis Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 30 pips untuk naik ke paras tertinggi harian sekitar ¥120.50, sebelum menutup sekitar paras ¥120.45; setelah Yen mengukuh minggu lalu berbanding Dollar AS yang semakin lemah sejak kenaikan kadar Federal Reserve AS pada Disember lalu, walaupun peningkatan ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan yang sederhana, tetapi ia masih tidak sekata.

Dollar AS telah terperangkap dalam julat sempit pada awal sesi Asia, selepas hanyut lebih rendah sekitar paras ¥120.00, berikutan penghindaran risiko selepas kejatuhan harga minyak. Pembelian Dollar AS daripada pengimport minyak Jepun, membantu mengukuhkan mata wang AS itu untuk berada di atas paras ¥120.00; tetapi tidak ada momentum lagi ke atas, dengan peserta pasaran yang kebanyakannya berundur sempena musim cuti akhir tahun.

[adrotate group=”6″]

“Dollar disokong sedikit di atas paras ¥120.00 semalaman, berikutan penghindaran risiko yang didorong oleh kejatuhan harga minyak mentah dan saham-saham AS yang lebih lemah, dan ia menjadi hampir rata di sekitar ¥120.30,” menurut Yuzu Sakai, pengurus promosi perniagaan pertukaran asing di Tokyo Forex & Ueda Harlow. “Dagangan agak tipis sekitar akhir tahun ini,” kata beliau sambil menambah bahawa tiada insentif untuk memacu Dollar atas paras ¥121.00, selepas beberapa siri mesyuarat dasar kewangan utama di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun pada bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat