USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Jun 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen membuka Isnin semalam dengan lebih 100 pips ‘gap-down’, sekitar 122.75 dengan matawang ‘safe-haven’ seperti Yen terus mendapat pemintaan terkesan dari krisis Grexit yang mula menampakkan tanda-tanda keparahan.  Jumaat lalu Greece menggesa referendum yang telah menghentikan semua perundingan dan membolehkan Greece bangkrap.

Ekonomi Jepun pula menawarkan bacaan ekonomi yang bercampur-campur Isnin semalam, dengan jualan runcit bagi Mei mengatasi jangkaan manakala data pengeluaran perindustrian mengecewakan. Pengeluaran industri jatuh 2.2% pada bulan Mei, lebih buruk daripada ramalan tinjauan Reuters untuk penurunan 0.8%. Keadaan itu mendorong kerajaan Jepun untuk mengatakan pengeluaran perindustrian berkembang dan menurunkan unjuran, menurut Reuters.

Pembuat dasar Jepun telah berjuang untuk menjana semula ekonomi selepas sedekad deflasi, dengan Bank of Japan melancarkan program pelonggaran besar-besaran pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada “Abenomics,” rancangan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk mengembalikan negara itu kepada pertumbuhan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat