USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

28

trade-forex-malaysia-yen

Dollar Yen yang jatuh lebih 40 pips sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar 122.30, kembali memacu naik lebih 55 pips sepanjang sesi Eropah dan petang New York untuk ke paras tertinggi harian sekitar 122.85 sebelum menutup sekitar paras 122.80; setelah pasaran Amerika Utara dibuka semula selepas cuti ‘Thanksgiving’, walaupun kebanyakan trader masih bercuti sehingga Isnin.

Sentimen pasaran terus meningkat bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar buat pertama kali selepas lebih sedekad, dalam mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember ini.  Sentimen ini telah mendorong Dollar melonjak dan terus memacu naik sejak Oktober lalu; sekaligus memberi tekanan kepada matawang Asia dan negara membangun, serta harga komoditi.  Harga bahan mentah dunia seperti emas, perak, tembaga, minyak, jagung, kopi dan pelbagai bahan lain yang disebut harga dalam Dollar, telah menyebabkannya lebih mahal bagi pemegang matawang lain apabila Dollar meningkat nilai.

[adrotate group=”6″]

Indeks Dollar membuat paras tertinggi bulanan yang baru Jumaat lalu, apabila mencecah sekitar 100.25 – paras tertinggi sejak April lalu.  Kenaikan ini juga mencerminkan keyakinan yang berlebihan tentang bagaimana agresif Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan akan bertindak pada bulan Disember ini.  Hari ini Jepun bakal melaporkan jualan runcit tahunan yang dijangka meningkat dari -0.1% kepada 0.9% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan jualan rumah yang masih dalam pembinaan yang dijangka meningkat dari -2.3% kepada 1.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat