USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Jun 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen menokok lebih 85 pips Rabu semalam, dari paras terendah harian sekitar 123.80  pada sesi Asia ke setinggi sekitar 124.70, sebelum merudum semula sekitar 65 pips dan menutup sekitar paras 124.25; setelah “ISM non-manufacturing PMI” Amerika Syarikat jauh meleset dari jangkaan, 55.7 berbanding 57.1, malah lebih buruk dari 57.8 pada sebelumnya.

Di pasaran Jepun, hasil cukai pendapatan pada tahun fiskal 2014, yang berakhir pada bulan Mac, kelihatan pasti untuk mencecah paras tertinggi dalam masa 13 tahun kira-kira ¥17 trillion, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Pendapatan telah meningkat, terima kasih terutamanya kepada kenaikan dalam pendapatan penggajian, mencerminkan pertumbuhan upah dan pendapatan dividen saham.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata bahawa Bank of Japan “perlu bersedia” untuk pelonggaran monetari, bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, sambil memberi amaran mengenai perbezaan ramalan inflasi antara BoJ dan pasaran. Walaupun jangkaan inflasi pasaran “meningkat dengan ketara” sejak BoJ memperkenalkan pelonggaran besar-besaran pada tahun 2013, kadar inflasi pengguna utama negara kekal pada kira-kira 1 peratus, lebih rendah daripada sasaran 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat