USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

41

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, bergerak dari paras tertinggi harian sekitar ¥117.40 ke serendah ¥116.30, sebelum menutup sekitar paras ¥116.80; setelah para trader kekal berada dalam mood ‘risk-off’. Sentimen kenaikan kadar AS selanjutnya, sudah mulai pudar berikutan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat sebanyak 8 ribu kepada pelarasan bermusim terkumpul 285 ribu pada minggu lalu, manakala pesanan baru untuk barangan perkilangan mencatatkan kejatuhan 2.9% yang lebih besar daripada jangkaan untuk bulan Disember .

[adrotate group=”6″]

“Peningkatan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi AS, telah membawa kepada pandangan bahawa Feds mungkin tidak dapat menaikkan kadar seperti yang telah dirancangkan,” menurut Shinichiro Kadota, strategis pertukaran asing di Barclays Bank.  Dalam pada itu, Dollar AS berubah sedikit daripada paras ¥116, setelah data pekerjaan AS dilaporkan bercampur-campur.  ‘Non-Farm Payroll’ dilaporkan kurang pada 151 ribu berbanding 189 ribu jangkaan dan 262 ribu pada sebelumnya.  Namun kadar pengangguran berkurang dari 5% kepada 4.9% dan pertumbuhan upah meningkat dari sifar kepada 0.5%, berbanding 0.3% jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat