Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, dengan pergerakan tidak melebihi 40 pips pada paras tertinggi harian sekitar 119.82 dan terendah sekitar 119.46; selepas “services PMI” Jepun dilaporkan pada 48.5 berbanding 51.3 pada sebelumnya. Pada masa yang sama, “ADP employment change” Amerika Syarikat keluar mengecewakan dengan 212 ribu berbanding 220 ribu jangkaan dan 250 ribu pada sebelumnya. Walau bagaimanapun “non-manufacturing PMI” AS dilaporkan lebih baik pada 56.9 berbanding jangkaan 56.5 dan 56.7 pada sebelumnya.
Para pelabur, pengurus dana dan pedagang, dilihat mula meberikan tumpuan kepada 2 lagi data pasaran buruh Amerika Syarikat – “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 313 ribu kepada 319 ribu pemohon dan NFP yang dijangka mengurang dari 257 ribu kepada 241 ribu. Kedua-dua jangkaan data yang tidak memberansangkan ini, menyebabkan pasaran lebih berhati-hati dalam sebarang pembelian kontrak Dollar yang baru.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun, dan jangkaan data ekonomi AS yang tidak begitu memberansangkan; pasaran dijangka terus ranging sehingga NFP esok, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni