USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 30 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.27 ke serendah 119.99; sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan ekoran pasaran Jepun yang ditutup untuk bercuti. Secara umum, Dollar AS sedikit positif kerana yen terus merosot selepas komen daripada IMF dan Bank of Japan lewat minggu lepas.

Kadar pengangguran Jepun, selepas pelarasan bermusim, berada pada 3.4% pada Mac, turun 0.1% dari bulan sebelumnya.  Ini adalah penurunan untuk dua bulan berturut-turut, terkesan daripada keadaan pekerjaan yang lebih baik untuk anak-anak muda, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun.

Dollar memacu naik melebihi ¥ 119.50 dalam perdagangan luar negeri pada Khamis lalu, berikutan pengumuman laporan Jabatan Tenaga Kerja AS yang menunjukkan bahawa bilangan rakyat Amerika yang memohon bantuan pengangguran buat kali pertama minggu lalu, turun kepada paras terendah dalam tempoh 15 tahun.

Laporan yang lebih kukuh daripada jangkaan itu, selepas daripada sekumpulan data ekonomi AS yang lemah, “menghidupkan semula peluang untuk kenaikan awal “interest rate” oleh Federal Reserve,” kata seorang pegawai di sebuah syarikat perdagangan margin perkhidmatan pertukaran asing.

Seorang pegawai di sebuah bank utama Jepun berkata, bahawa Dollar dijangka kekal pada paras yang kukuh di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi AS, tetapi pasaran perlu melihat data US yang lebih positif dan harga saham yang stabil, sebelum membida Dollar kepada paras yang lebih tinggi.

Dollar disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun sebelum bercuti panjang. Pasaran kewangan Jepun akan ditutup Isnin hingga Rabu untuk cuti umum negara itu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat