Dollar Yen memacu naik lebih 70 pips untuk mencapai paras tertinggi harian, sekitar 120.40 Khamis semalam; setelah Dollar terus mendapat permintaan walaupun dengan sentimen yang sedikit bearish. “Unemployment claims” Amerika Syarikat dilaporkan meleset dari jangkaan, apabila 320 ribu penganggur baru memohon bantuan pengangguran berbanding 293 ribu jangkaan dan 250 ribu pada sebelumnya.
Di Jepun pula, pelaburan asing dilaporkan bertambah baik, dengan bon mendapat 470.9 bilion Yen berbanding 166.2 bilion Yen sebelum ini. Pasaran ekuiti pula menerima pelaburan luar sebanyak 350.5 bilion Yen berbanding 289.3 bilion Yen pada sebelumnya. Parti Liberal Demokratik yang memerintah Jepun ketika ini, sedang berdepan dengan krisis salah guna kuasa, apabila menteri alam sekitar Yoshio Mochizuki dan menteri keadilan Yoko Kamikawa, dituduh menerima sumbangan dana kempen dari syarikat yang disubsidi kerajaan.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya jika data NFP dilaporkan lebih baik dari jangkaan 240 ribu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni