USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

27

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar ¥106.80 ke setinggi ¥107.49, sebelum menutup sekitar paras ¥107.25; setelah berada dalam dagangan tipis dengan pasaran Jepun yang masih bercuti.  Pada masa yang sama, pasaran terus memberikan reaksi kepada komen Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart yang menyokong kenaikan kadar pada Jun ini.

Dalam pada itu, Presiden Feds San Francisco John Williams berkata bahawa beliau menyokong langkah tersebut sekiranya laporan ekonomi AS terus memberikan maklumbalas yang memberansangkan.  Dollar AS seolah-olah mengenepikan beberapa laporan ekonomi yang bercampur-campur, dan terus memacu dalam reaksi kepada komen kedua-dua Presiden Feds cawangan tersebut.

Sementara itu, sektor perkilangan AS meningkat sederhana pada bulan Mac dan sektor perkhidmatan bagi April datang sedikit lebih kukuh daripada yang dijangkakan. Indeks ICE Dollar AS, ukuran kekuatan Dollar berbanding sekumpulan enam matawang, meningkat 0.7% kepada 93.82 mata. Indeks tersebut akhirnya berjaya memecah kejatuhan selama enam hari berturut-turut, selepas mencapai paras terendah tahunan sekitar 91.84 mata

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan angka pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) yang dijangka berkurang dari 215 ribu kepada 203 ribu dan kadar pengangguran yang stabil pada 5%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat