Dollar Yen yang berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ sepanjang sesi Asia dan Eropah Isnin semalam, kembali memacu naik pada lewat petang New York untuk mencapai paras tertinggi sekitar 119.70 sebelum menutup pada sekitar 119.55; sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY di atas pivot hari ini, sekitar 119.35 ketika artikel ini ditulis. Pivot mingguan yang baru juga adalah sekitar 119.35
Di Pasaran Amerika Syarikat, “non-manufacturing PMI” dilaporkan seperti jangkaan, pada 56.5, lebih rendah daripada sebelumnya, 56.9 dan “labor market conditions index” dilaporkan lebih buruk dari sebelumnya, -0.3 berbanding 4.0 Ramai para penganalisa masih menjangkakan kenaikan nilai Dollar dalam jangka masa panjang, lantaran “interest rate” AS yang bakal dinaikkan lewat tahun ini.
Di pasaran Jepun pula, “leading economic index” dilaporkan lebih baik dari jangkaan, walaupun sedikit buruk dari sebelumnya. Di beritakan ramai pekilang-pekilang Jepun di luar negara itu, mahu berpindah kembali ke Jepun bagi mendapat manfaat dari Yen yang lemah. Panasonic, Sharp, dan Canon adalah antara 3 pekilang yang sudah memindahkan sebahagian operasi mereka kembali ke Jepun, menurut satu laporan dari Nomura.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka terus ranging melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni