USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Aug 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen kembali memacu lebih 60 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.80 sebelum menutup sekitar paras 124.60; setelah akaun semasa Jepun dilaporkan suram.  Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak ¥558.6 bilion pada bulan Jun, berbanding jangkaan lebihan sebanyak ¥785.9 bilion selepas lebihan ¥1.88 trilion yen pada bulan Mei, menurut Kementerian Kewangan Jepun pada Isnin

Pada masa yang sama eksport tahunan meningkat 5.6% kepada ¥6.456 trilion selepas penurunan 0.1% pada bulan sebelumnya. Import tahunan mengurang 4.6% peratus kepada ¥6.353 trilion selepas tergelincir 10.3% pada sebelumnya.  Akaun modal pula mempunyai defisit sebanyak ¥11.3 bilion yen, manakala akaun kewangan melihat kekurangan sebanyak  ¥265.4 bilion.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat