USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Apr 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen memacu naik lebih 90 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 120.45; sebelum menutup pada sekitar 120.25, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY untuk berada di atas pivot hari ini, sekitar 120.05, ketika artikel ini ditulis.  Dollar Yen dilihat berdepan dengan resistance di pivot bulanan sekitar 120.15 dan ’21 days moving average’ sekitar 120.20

Di pasaran Jepun, sidang media Bank of Japan hari ini bakal menjadi tumpuan utama para pelabur, untuk mendengar strategi baru Jepun dalam menangani kemelut ekonominya.  Bank of Japan yang telah melancarkan program ‘Quantitative Easing’ (QE) dua tahun lepas, pada skala yang terbesar dalam sejarahnya, amat memeranjatkan pasaran ekoran hutang luar negara tersebut yang 2 kali ganda lebih besar dari GDPnya.

The Japan Times dalam satu laporan mengatakan, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda, tidak akan boleh mengekalkan taktik ini selamanya.  Kejatuhan nilai Yen akan menyebabkan import yang mahal dan hutang luar yang meningkat, walaupun ianya boleh menggalakkan eksport.  Malangnya penurunan nilai Yen yang berlaku terlalu cepat, menyebabkan para pekilang tidak dapat memberikan reaksi yang sewajarnya.

Hari ini, sekiranya Bank of Japan mengumumkan program QE lanjutan, Yen akan terus dijual sekaligus meningkatkan nilai matawang ‘Yen cross’.  Walau bagaimanapun berkemungkinan juga BoJ bakal mengumumkan pelan reformasi ekonomi, sebagai satu dari tiga anak panah dalam rancangan ‘Abenomics’.  Andai ini berlaku, Yen dijangka mendapat permintaan.  Pasaran dijangka dalam dagangan hati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat