USDJPY Analisa Fundamental Harian 8 Dec 2014

61

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

 

US Dollar terus mengukuh berbanding Yen selepas data NFP Jumaat lalu yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan, 321K berbanding 230K, dan bulan lepas, 243K beserta kadar pengangguran Amerika Syarikat yang stabil pada 5.8% menjadikan dagangan berada pada paras tertinggi tahun ini sekitar 121.50

Perdana Menteri Shinzo Abe yang bakal berdepan dengan pilihan raya Jepun 14 Disember ini telah menjadikan pakej ransangan ekonomi Jepun sebagai referendum untuk mengekalkan kuasa bagi menjamin Jepun dapat keluar dari deflasi yang telah menghantui kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu semenjak 10 tahun lalu walaupun langkah menurunkan nilai Yen melalui kredit mudah mendapat kritikan banyak pihak.

Hari ini dengan GDP Jepun yang dijangkakan bertambah baik, dari -1.9% kepada -0.1% dan Current Account yang menyusut dari 963 billion Yen kepada 366.3 billion Yen beserta dengan sentimen pasaran yang lemah untuk Yen;  juga ketiadaan data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat, pasaran dijangka didagangkan dalam suasana “ranging”.

 

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat