USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Jun 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen merudum lebih 130 pips sepanjang 3 sesi dagangan Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 125.65 ke serendah sekitar 124.30 sebelum menutup sekitar paras 124.60; selepas Yen memdapat momentum belian terkesan dari laporan GDP Jepun pada suku pertama 2015 yang melebihi jangkaan.  Pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 0.1% tetapi laporan menunjukkan peningkatan 0.4% dari GDP pada sebelumnya.  GDP sebelum ini berada pada 0.6%

Angka-angka yang lebih kukuh akan membantu BoJ mengelakkan rangsangan tambahan dan ini membuktikan Abenomics berjaya. Dalam pada itu, Dollar terus kukuh pada awal sesi Asia pada hari Isnin, dengan dagangan berhampiran paras tertinggi dalam masa 13 tahun, selepas data pekerjaan AS yang kukuh; sekaligus menyokong jangkaan kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve sebelum akhir tahun.

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan peluang pekerjaan dalam pasaran buruh yang dijangka menokok kepada 5.03 juta daripada 4.99 juta sebelum ini.  Jumaat lalu, kadar pengangguran AS dilaporkan meningkat 0.1% kepada 5.5% walaupun data NFP melebihi 20% dari pada jangkaan.  Tiada laporan ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat