USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Mei 2016

36

Dollar Yen yang merudum lebih 95 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥106.43, kembali memacu naik lebih 75 pips untuk menutup lebih tinggi sekitar ¥107.07; setelah laporan sektor pekerjaan AS keluar bercampur-campur dan pasaran masih dalam spekulasi tentang campur tangan Bank of Japan.

Sebelum daripada itu, Yen terus meningkat nilai apabila Bank of Japan membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dan dasar monetari sedia ada tanpa menambah sebarang ransangan.  Keadaan yang mengecewakan pasaran yang telah mengharapkan ransangan tambahan itu, menyebabkan Yen terus mendapat permintaan sehingga kadar tukaran USD/JPY mencecah paras terendah tahun ini, sekitar ¥105.54.

Di pasaran Amerika Syarikat, laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) menambah 160 ribu pekerjaan berbanding 203 ribu jangkaan.  Angka sebelum ini juga disemak turun dari 215 ribu kepada hanya 208 ribu.  Purata pendapatan lebih baik pada 0.3% seperti jangkaan berbanding 0.2% pada bulan lepas.  Kadar pengangguran dilaporkan stabil pada 5%.

Hari ini Jepun bakal menyiarkan minit mesyuarat BoJ yang terbaru yang bakal menjadi petunjuk pasaran dalam mencari hala tuju Yen selanjutnya.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat