Usd/Jpy Gagal Meneruskan Kenaikan Disokong Oleh Peningkatan Hasil Bon, Isu Perdagangan

53

US dolar dijangka akan meneruskan pengukuhan menjelang penetapan kadar The Fed Khamis ini, kecuali data dari AS yang begitu lemah dari jangkaan atau retorik pentadbiran AS yang aggresif dalam polisi perdagangan mereka.

Usd/Jpy masih berpotensi untuk dijual di sekitar atas 115.00 berikutan kebimbangan kepada pendirian nilai matawang pentadbiran AS dalam mesyuarat G-20 hujung minggu ini.

US Treasuries (Bon) mendapat tekanan penjualan terbaru lewat sesi dagangan Isnin dengan hasil bon 10-tahun meningkat lebih dari 2.62% yang merupakan paras tertinggi sejak September 2014, manakala hasil bon 2-tahun naik kepada 1.38% yang juga paras tertinggi lebih dari tujuh tahun.

Terdapat laporan dari Treasury Secretary Mnuchin bahawa AS akan mempertahankan kepentingan mereka dalam mesyuarat G-20 minggu ini. AS dilihat akan menunjukkan komitmen tegas mereka agar negara-negara anggota tidak terlibat dalam mengurangkan nilai matawang agar lebih kompetitif.

Harga minyak mentah global juga masih melemah yang mana diserap oleh Indeks Nikkei dengan pasaran ekuiti secara keseluruhan masih lagi kukuh.

Usd/Jpy membuat sedikit penguatan dalam sesi Eropah pada Selasa sehingga ke paras tertinggi harian di 115.20, dan melemah semula ketika ini ke paras 114.85 dalam sesi awal pasaran New York.

Pasaran kini begitu yakin The Fed akan menaikkan kadarnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.00% pada Khamis. Dengan pasaran telah priced-in jangkaan ini, panduan kehadapan adalah begitu penting (forward guidance) untuk terus menyokong US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat