UST & BTC: Setinggi Mana Impak Pembelian Bitcoin Oleh Luna Foundation Group (LFG)?

419

Sedar atau tidak, Luna Foundation Group (LFG) sudah memiliki sejumlah besar rizab Bitcoin (BTC) bernilai $1.72 bilion, kurang 700 BTC jika dibandingkan dengan pemilikan Tesla.

Sebelum ini sudah dimaklumkan kewujudan rizab BTC adalah untuk menyokong stablecoin Terra, UST.

Jika diperhatikan secara dekat, tidak dinafikan pengumpulan Bitcoin oleh LFG telah memberi impak positif kepada harga raja kripto ini.

Tetapi persoalannya, sejauh mana ia mampu menjadi pencetus lonjakan harga BTC?

Data daripada firma analisis kripto, IntoTheBlock mendedahkan aktiviti LFG ini cuma menyumbang sedikit sahaja kepada peningkatan harga BTC walaupun dalam sebulan mereka telah berjaya membeli lebih 40,000 BTC.

Berikut rinciannya:

  • Purata $67 juta aliran masuk harian ke dalam rizab Terra hanya mewakili 0.27% jumlah harian bitcoin.
  • Pembelian terbesar bitcoin oleh Terra – $223 juta pada 6 April merangkumi hanya 0.88% daripada jumlah dagangan hari tersebut, membuktikan pengaruh Terra dalam pasaran masih lagi jauh.
  • Dua pemerhatian ini sudah menjelaskan harga bitcoin sepanjang minggu akhir Mac didorong oleh permainan whales seperti Terra yang gemar mengumpul aset tersebut berbanding pembelian sebenar – pencetus kepada lonjakan harga.
  • Bagi menyokong kepada kenyataan di atas, lihat pada tempoh masa 3 bulan lalu ketika baki bitcoin yang masih disimpan dalam wallets berjumlah 1,000 sehingga 10,000 BTC telah susut ke paras terendah.
  • Kelompok whales ini memiliki lebih 1/4 daripada jumlah bekalan bitcoin, dan ini menunjukkan mereka penggerak pasaran yang sebenar.
  • Pada masa yang sama, whales sudah menyepi tetapi kelompok yang memiliki lebih 100 BTC pula yang bertindak mencairkan aset mereka.
  • Pegangan mereka dilihat beralih kepada wallet yang memiliki jumlah BTC terkecil (0.001 BTC – 0.01 BTC) dan menunjukkan pertumbuhan pesat sejak bulan lalu.

Jika sebelum ini pelabur besar cuma perlu bimbangkan khabar daripada Federal Reserve dan situasi mikroekonomi, kini mereka menfokuskan kepada pergerakan LFG yang membeli BTC secara berterusan untuk mencapai misi $10 bilion BTC.

Pasaran kripto pada hari ini mencatatkan penyusutan dengan harga BTC yang menurun sejak hujung minggu.

Segelintir berpendapat sentimen bearish akan berterusan sehingga suku kedua 2022, dan ada juga berpendapat bullish tidak akan berlaku sehingga 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat