Wakil Demokrat Al Green Menggesa Memulakan Proses Pemecatan Trump

67

Sehari sebelum bekas Pengarah FBI James Comey memberi keterangan di hadapan Kongres tentang interaksi beliau dengan Presiden Trump berkaitan siasatan terhadap Rusia, pihak Demokrat pula sedang merancang untuk memulakan proses pemecatan Trump.

Wakil Demokrat di Texas, Al Green merupakan ahli Demokrat pertama yang mahu Presiden Trump dipecat bulan lalu. Kini mereka bergerak setapak ke hadapan dengan menggunakan langkah undang-undang pada Rabu di Capitol Hill.

“Ini adalah halangan kepada keadilan,” kata Green dalam kenyataannya pada Selasa. “Hal ini akan berterusan menjadi halangan dalam keadilan selain daripada testimoni oleh James Comey. Ini akan menjadi halangan keadilan walaupun terdapat bukti dalam siasatan.”

Manakala pemimpin tertinggi di Capitol Hil telah menggesa ahli-ahli mereka supaya tidak membangkitkan isu pemecatan ini bagi memberi laluan kepada penyiasatan yang sedang berjalan untuk mendapatkan lebih banyak bukti tentang tindakan Presiden dan kumpulan kempen pilihanraya sebelum ini.

“Apabila perkataan itu keluar, saya selalu akan berkata kepada rakan-rakan di Kongres, dan rakyat di seluruh negara tentang: sebarang tindakan yang anda lakukan perlu berdasarkan data, bukti, fakta,” kata Pelosi yang juga Ketua di ‘House Minority‘. “Anda boleh membuat spekulasi tetapi perlu ada undang-undang dan fakta yang saling berkaitan.”

Namun, Green tidak memberikan amaran kepada Pelosi dan yang lain tentang apa yang akan dilakukan oleh beliau, menurut dua daripada pemimpin Demokrat.

Selepas sahaja ahli Demokrat Texas ini membuat gesaan kepada pemecatan Trump, beliau seterusnya menerima ancaman melalui mel-suara (voicemails) dan mesej, lapornya kepada CNN, dan pihak polis sedang menyiasat perkara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat