Walaupun Bitcoin Jatuh, Modal Pasaran Keseluruhan Matawang-Crypto Melepasi $600 Billion

163

Harga Bitcoin futures jatuh minggu ini selepas pengenalan niaga-hadapan (futures) di CME Group. CME Group adalah bursa kedua yang memperkenalkan niaga-hadapan (futures) bitcoin selepas CBOE menyenaraikannya pada 10 Disember lalu.

Selepas penyenaraian bitcoin futures di CBOE, harga bitcoin melonjak sehingga melepasi harga $20,000. Namun, menjelang pembukaan CME Group, bitcoin jatuh secara beransur-ansur dan sehingga hari ini merekod kejatuhan empat hari berturut-turut sejak 17 Disember.

Setiap kontrak di CME mewakili lima Bitcoin, manakala CBOE setiap kontrak mewakili satu Bitcoin. Hari pertama sahaja CME telah berjaya mengalahkan CBOE dari segi jumlah dagangan pada hari pertama kedua-dua bursa membuka bitcoin futures.

Harga futures bitcoin CME pada Isnin ditutup pada harga $19,100 iaitu 2.1% lebih rendah daripada harga pembukaan hari yang sama.

“Terdapat kebimbangan menjelang pembukaan futures bitcoin bahawa Wallstreet akan memasuki pasaran dan menjual Bitcoin sehingga harga jatuh ke paras rendah, tetapi kita masih belum melihat perkara itu.”

Harga bitcoin di pasaran spot kini berada di sekitar $16,907 setakat pukul 5.33 petang pada Rabu.

Antara altcoin (koin alternatif) yang membaut kenaikan pada Selasa adalah Bitcoin Cash, IOTA dan Ripple. Bitcoin Cash sejak 7 hari lepas telah merekod kenaikan 120% daripada harga $1500.00 dan kini berada di sekitar $3245.00.

Walaupun dengan kejatuhan harga bitcoin, modal pasaran keseluruhan matawang-Crypto kini melepasi angka $600 billion selepas hanya berada di bawah angka tersebut minggu lalu.

Dengan menjelang perayaan dan cuti Krismas, dijangka terdapat aktiviti pengambilan untung di kalangan pelabur-pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat