Walaupun USD Meningkat, Tapi …

514

Dolar Amerika meningkat dengan kenaikan kecil pada Selasa didorong oleh kekhuatiran terhadap peningkatan kes coronavirus di Amerika Syarikat dan Eropah sehingga mendorong penjualan saham paling besar dalam tempoh satu bulan, sekali gus menyokong kenaikan bon.

Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis terus mencatat rekod harian baru untuk jangkitan coronavirus dan semalam indeks S&P 500 jatuh 1.9%, manakala DAX Jerman pula turun 3.7%.

Pergerakan di pasaran matawang lebih lemah, walaupun indeks dolar meningkat sekitar 0.3% ketika sesi dagangan sebelum ini tetapi dibuka rendah pada sesi Asia, sementara ekuiti serantau pula jatuh.

Indeks dolar diniagakan sedikit meningkat berbanding sekumpulan matawang utama setelah dibuka rendah pada permulaan sesi Asia.

Selain itu, turut menekan ekuiti lebih rendah adalah ketidakpastian menjelang pilihan raya presiden AS yang akan diadakan minggu depan, 3 November yang akan pastinya membawa huru hara dalam pasaran kelak.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan dolar New Zealand meraih keuntungan kecil pada awal sesi Asia setelah diperdagangkan menyusut ketika sesi New York. Laporan positif mengenai vaksin AstraZeneca, malangnya gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua matawang itu untuk meningkat lebih tinggi.

Sementara itu, euro susut lebih rendah setelah diperlihatkan dengan laporan indeks iklim perniagaan Ifo Jerman yang lebih lemah daripada dijangkakan serta turut ditekan oleh kebimbangan terhadap perlaksanaan sekatan baru akibat lonjakan kes yang tinggi di Eropah.

Dalam pada itu, pound sterling didagangkan sedikit meningkat dengan harapan UK dan Kesatuan Eropah (EU) akan mencapai kesepakatan perdagangan sebelum tempoh peralihan berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat