Wallstreet Didagang Lebih Tinggi Dalam Sesi Awal Pasaran US

35

Pasaran saham US, Wallstreet dibuka lebih tinggi pada Selasa dengan Dow Jones, S&P500 dan Nasdaq didagang lebih tinggi setakat ini dengan masing-masing naik 0.56%, 0.62% dan 0.90%. Pasara setakat pukul 10.47 malam ini dilihat semakin baik dengan para pelabur beralih kepada pasaran ekuiti selepas dua minggu yang tidak menentu.

S&P 500 jatuh 2.1% dalam tempoh dua minggu lalu yang merupakan kejatuhan terbesar sejak pilihanraya presiden US pada November. Hal ini disebabkan kebimbangan terhadap reformasi polisi yang dijanjikan oleh Trump sebelum ini.

Walaubagaimanapun, indeks ini masih meningkat 14% sejak pilihanraya US pada November 2016.

Pasaran minggu ini akan memberi perhatian kepada konferens di Jackson Hole, Wyoming yang akan bermula pada Khamis dengan pengerusi Federal Reserve Janet Yellen akan menjadi perhatian pada Jumaat.

Ucapan beliau akan diteliti khususnya tentang polisi monetari dengan kemerosotan berterusan inflasi sejak beberapa bulan lalu.

“Pasaran akan berada dalam posisi tunggu dan lihat sebelum ke Jackson Hole hujung minggi ini,” kata Lindsey Bell, strategist pelaburan di CFRA Research New York.

“Ramai orang sedang menunggu komen Yellen khususnya yang berkaitan inflasi dan kesannya kepada kenaikan kadar faedah selepas ini, jika kita masih menjangka kenaikan pada Disember.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat