Wallstreet Didagang Sedikit Tinggi Dalam Sesi Pagi Dagangan New York

58

Pasaran saham Amerika Syarikat dibuka sedikit rendah dalam sesi dagangan pagi di New York menjelang perjumpaan tahunan ahli-ahli bank pusat dan penganalisis ekonomi dunia di Jackson Hole, Wyoming.

Pengerusi The Fed Janet Yellen dan Presiden ECB Mario Draghi dijadualkan berucap pada Jumaat dan akan menjadi tumpuan pasaran global bagi mendapatkan isyarat halatuju dan tindakan bank pusat masing-masing selepas ini.

“Saya tak rasa akan ada perkara yang signifikan di Jackson Hole, tetapi para pelabur akan melihat antara orang yang paling berkuasa di dunia berkongsi tentang pendapat mereka,” kata Andre Bakhos, pengarah urusan di Janlyn Capital LLC.

“Para pelabur cuba mencari perkara baru.”

Setakat pukul 10.52 malam, kesemua indeks utama Wallstreet didagang positif dengan Nasdaq naik 0.05%, Dow Jones naik 0.10% dan S&P500 naik 0.05%.

Walaubagaimanapun, ancaman Trump sebelum ini mengekalkan kebimbangan pasaran terhadap ‘Government Shutdown’ di mana sejarah sebelum ini menunjukkan operasi pentadbiran negara terhenti selama 13 hingga 16 hari. Hal ini sudah tentu menangguhkan banyak perkara dalam pentadbiran dan polisi-polisi yang sepatutnya diluluskan secepat mungkin.

Selain daripada pasaran saham, pasaran-pasaran seperti forex, komoditi seperti emas, bon juga dijangka akan terkesan daripada simposium Jackson Hole.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat