Wilbur Ross : Tiada Konsesi Daripada China Susulan Penangguhan Tarif!

174

Pada hari ini,Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross telah tampil memberi kenyataan bahawa tiada konsesi daripada China mengenai keputusan AS untuk menangguhkan sebahagian barangan import China sehingga pertengahan Disember. Tambah beliau, ia juga masih awal untuk menilai kemanakah arah tuju rundingan perdagangan AS-China.

Ross dalam sebuah temubual memberitahu telah ada perbincangan hubungan perdagangan melalui telefon bagi kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan bagi perbincangan bersemuka.

Pada hari Selasa, pentadbiran Trump telah mengambil keputusan menangguhkan pengenaan tarif sebanyak 10% ke atas beberapa produk China termasuk komputer riba dan telefon pintar yang sebelum ini dijadualkan akan dikenakan tarif bermula bulan hadapan. Susulan selepas itu, pentadbiran China juga menungumumkan bahawa mereka bersedia untuk memperbahrui rundingan perdagangan.

Perkembangan ini telah meghantar kepada pengukuhan saham-saham terutama sektor teknologi dan runcit dan mengurangkan kebimbangan pelabur.

Ross berpendapat sebelum pengumuman rasmi diumumkan dan kedua-dua belah pihak menyatakan persetujuan, maka ia terlalu untuk mengatakan arah tuju rundingan AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat