XRP Dijangka Bakal Buat Kenaikan Lebih Tinggi

5,414

Ke mana hala tuju seterusnya bagi XRP menjelang 21 Mei ?

Matawang kripto XRP terus memberikan tekanan dan debaran kepada para komuniti Ripple bagi jangkaan pergerakan harga seterusnya.

Pergerakan harga pada carta XRP/USDT terus bergerak secara tidak menentu. Hal ini disebabkan oleh para trader waspada menunggu keputusan perbicaraan seterusnya antara SEC dan XRP.

Perbicaraan seterusnya antara SEC dan XRP dijadualkan pada 21 Mei ini yang mana perbicaraan itu bakal dilakukan secara maya.

Dapat dilihat juga pada carta pergerakan XRP/USDT, yang mana pada minggu lepas XRP telah membuat lonjakan untuk menguji paras rintangan sekitar harga $1.60 sebelum membuat penurunan semula untuk menguji paras sokongan sekitar harga $1.30- $1.40.

Ketidakpastian kepada keputusan perbicaraan antara SEC dan XRP telah mendorong pergerakan harga pada carta XRP/USDT untuk minggu ini bermula dengan pergerakan secara ‘sideway’.

Tetapi daripada sudut analisa teknikal, dapat dilihat pada pergerakan carta harian XRP/USDT sedang melakukan corak ‘Symetrical Triagle’ yang lebih dikenali sebagai corak ‘Flag’ yang merupakan petanda untuk XRP/USDT bakal meneruskan kenaikan yang lebih drastik.

Paras ketinggian di sekitar $1.75 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk ditembusi yang mana ia merupakan paras ketinggian yang pernah dicapai pada permulaan pasaran pada bulan Mei ini sebelum menguji paras resistance sekitar harga $1.96.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat