XRP Sudah Tidak Meriah

5,622

Matawang kripto Ripple, XRP pada hari ini mencatatkan rekod harga terendah pada tengahari tadi di paras $0.88, susut 22% dalam 24 jam sejak trend bullish pada 7 April.

Harga XRP kini kembali ke paras terdahulu, ketika bergerak positif susulan daripada kemenangan bersiri dalam perbicaraan saman Securities and Exchange Commission terhadap Ripple dan pegawai eksekutifnya, Brad Garlinghouse dan Christian Larsen.

Mungkin, ini khabar yang tidak disenangi pelabur XRP yang membeli token itu ketika harga di kemuncak.

Setakat artikel ini ditulis, pasaran kripto masih lagi kecundang dengan masing-masing mencatatkan penyusutan, tanpa isyarat untuk kembali pulih.

Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk memperkenalkan kadar cukai keuntungan modal sehingga hampir 40% kepada individu berpendapatan lebih $1 juta setiap tahun pada hari ini nampaknya tidak disambut baik oleh kedua-dua pasaran, baik kripto atau fiat.

Ketika penulisan Bitcoin (BTC) didagangkan pada $48,207, Ethereum catat nilai $2,163, diikuti dengan XRP ($1.03), Cardano (ADA) diniagakan pada $1.01 dan Litecoin (LTC) pada harga $227.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat