Yellen: Pasaran Buruh Yang Semakin Baik Mendorong Pertumbuhan Kadar Gaji

94

Pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat akan menyokong kenaikan kadar faedah yang berterusan, kata pengerusi The Fed pada Rabu dalam ucapan bertulis kepada Kongres. Beliau tidak memberi komen tentang bilakah kadar faedah akan dinaikkan selepas ini.

“Perkembangan ekonomi semakin meningkat ke seluruh sektor seperti juga ekonomi global,” kata Yellen dalam ucapan bertulis yang dikeluarkan lebih awal pada Rabu sebelum beliau berhadapan dengan Kongres pukul 11 malam.

Dengan inflasi yang lemah dijangka hanya sementara, beliau berkata kami terus menjangka kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur adalah bersesuaian.

Dalam ucapan yang telah disediakan ini, Yellen tidak memberi komen tentang kenaikan kadar faedah Disember. Minit mesyuarat baru-baru ini menunjukkan ramai ahli Fed menjangka kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat.

Ini berkemungkinan adalah kemunculan Yellen yang terakhir di hadapan khalayak umum. Antara lain komen beliau adalah momentum ekonomi masih berterusan.

Dari segi pasaran pekerjaan, beliau mengatakan pengetatan pasaran buruh akan menyokong pertumbuhan kadar gaji.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat