Yellen Punya Pasal, Wall Street Makin Pulih!

478

Saham global terus menunjukkan pemulihan daripada kebimbangan terhadap krisis perbankan, memperlihatkan ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat ditutup lebih tinggi pada sesi New York.

Terbaru, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen menyatakan kesediaannya untuk campur tangan bagi melindungi pendeposit di bank-bank AS yang lebih kecil dan berdepan risiko besar kegagalan deposit.

Ekoran daripada itu, Yellen telah memberi sokongan tambahan kepada saham kewangan, yang merupakan antara paling untung dalam S&P 500 pada Selasa.

Ini dapat dilihat pada lonjakan saham First Republic Bank sebanyak 45% susulan komen tersebut, manakala KeyCorp, US Bancorp dan Comerica pula meningkat 8%.

Sementara itu, Nasdaq pula meraih sokongan daripada peningkatan saham Tesla sebanyak 7% ekoran laporan terbaru yang menunjukkan syarikat pembuat kenderaan elektrik itu mencatat jualan kukuh di China pada suku pertama.

Dow Jones Industrial pula mendapat dorongan daripada kenaikan yang dipaparkan American Express, JPMorgan Chase dan Goldman Sachs di tengah-tengah permintaan kukuh untuk saham kewangan.

Ketika ditutup pada sesi New York, Dow Jones Industrial naik 0.98% kepada 32560.61, manakala S&P menokok 1.3% pada 4,002.86 dan Nasdaq lonjak 1.42% pada 12,741.44.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada 32,542.5 ketika sesi Asia.

Seperti pasaran lain, pelabur saham akan memberi tumpuan kepada mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat