Yen Menyusut, USD/JPY Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Kenaikan 100 Pips

1,489

US dolar pada awal dagangan minggu ini mencatatkan pengukuhan berbanding safe-haven Yen didorong oleh faktor penyusutan dagangan matawang Jepun tersebut.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bakal mengumumkan perintah darurat di negara tersebut selama 6 bulan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Seperti negara lain yang sedang berdepan krisis pandemik, Jepun juga kini sedang mempertimbangkan pakej rangsangan ekonomi yang akan terbahagi kepada 2 fasa yang memfokuskan bantuan terhadap perniagaan, para pekerja dan saluran bantuan isi rumah berpendapatan rendah serta penangguhan cukai perniagaan.

Dengan itu, Yen bergerak lemah pada sesi Asia hari ini berbanding beberapa matawang utama dan dijangka berisiko sepanjang minggu.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY menyambung kenaikan pada dagangan penghujung minggu lalu setelah penurunan sebelumnya gagal menembusi zon support 107.00.

Harga yang memulakan dagangan pada minggu ini di sekitar paras 108.300 meneruskan kenaikan 100 pips lebih tinggi mengatasi ketinggian minggu lalu menuju paras 109.400.

Harga yang meneruskan kenaikan bakal menguji zon SBR (support become resistance) di bawah paras 110.00 untuk keputusan arah pergerakan seterusnya yang lebih jelas.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon resistance di paras ketinggian 111.500 atau lebih tinggi jika US dolar kekal mengukuha berbanding Yen.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan 108.300 akan menjadi tumpuan dan sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan cuba ditembusi harga.

Jika penurunan berjaya diteruskan, harga bakal kembali menuju zon support yang diuji minggu lalu pada 107.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat