Pengasas bersama Morgan Creek Digital, Anthony Pompliano tidak mahu membuang masa, berharap Amerika Syarikat (AS) segera menubuhkan matawang digital bank pusat (CBDC) kerana bimbangkan kedudukan matawang digital China, yuan mendominasi global.
Kenyataan beliau itu selepas pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell memberitahu pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum mengaplikasikan penggunaan matawang digital.
Ini bermakna pentadbiran Amerika tidak tergesa-gesa untuk menjadikan usaha CBDC kepada realiti.
Pompliano berpendapat jika yuan digital mula menjadi matawang global, tidak mustahil dolar digital akan ketinggalan sekaligus sukar untuk mendapatkan matawang itu.
Dakwaan tersebut berbeza dengan kenyataan Bank of Japan (BOJ) baru-baru ini mengenai potensi matawang digital mendominasi pasaran kewangan global.
Pada masa yang sama, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) juga tiada tanda bakal melancarkan CBDC dalam masa terdekat.
Menurut penolong ketua pegawai eksekutif RBNZ, Christian Hawkesby, bank pusat negara itu sedang berusaha mengkaji CBDC, memastikan pendekatan baru dan holistik dalam pengenalan matawang digital terhadap umum.
Hawkesby juga tidak menolak sebenarnya lebih banyak manfaat fiat berbanding CBDC, terutama melibatkan penggunaan secara offline, termasuk privasi dan autonomi dalam penyimpanan serta pembayaran.
China sudah menguji pengaplikasian CBDC pada April lalu dan kini 9 daerah sedang menguji penggunaan matawang yuan digital termasuk Shenzhen, Guangzhou, Hong Kong dan Macau.