Pound Dollar jatuh lebih 110 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.4845; selepas tiada sebarang data dari United Kingdom dan sentimen pasaran yang menjangka Feds bakal menggugurkan perkataan sabar dalam kenyataan medianya esok. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran GBP|USD sedang berada dibawah pivot mingguan – 1.4860
Pasaran UK ketika ini sedang berdepan dengan risiko perubahan parti politik di Britain, ekoran pilihanraya umum Mei ini. Ramai penganalisa politik menjangka, senario yang paling logik adalah parti campuran yang bakal memerintah tanpa sebarang parti majoriti dan ini dalah satu kelemahan bagi Britain. Ada kemungkinan juga, Chancellor Osborne bakal menurunkan kadar cukai bagi mengumpan pengundi.
Hari ini, Majlis Mesyuarat MPC Bank of England bakal mengundi untuk kenaikan “interest rate” dan tiada sebarang perubahan dijangkakan. Walau bagaimanapun, sekiranya BoE menaikkan “interest rate” lebih awal dari jangkaan, ianya boleh meningkatkan nilai Pound. Pada masa yang sama, Mesyuarat FOMC Federal Reserve bakal berlangsung awal pagi Khamis nanti. Pasaran dijangka ‘ranging’ sehingga itu.