Emas meningkat lebih $11.80/troy oz untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,234.92 Jumaat lalu; selepas data “consumer sentimen index” Amerika Syarikat dilaporkan meleset pada 93.6 berbanding jangkaan 98.1 Ini menjadikan pembeli-pembeli Dollar sedikit gusar, dengan kemungkinan Federal Reserve akan melewatkan kenaikan “interest rate” AS yang sudah berada pada 0.25% sejak 2008 lagi.
Emas sebagai aset kalis inflasi, menjadi pilihan dikala krisis dan kemelut ekonomi, walaupun tidak membayar sebarang “interest”. Keuntungan dari pembelian dan penjualan emas, hanya bergantung kepada susut/naik nilai aset tersebut. Emas yang sudah susut nilai lebih $510 sepanjang 2013, kini berdepan dengan kemungkinan membuat U-Turn apabila “stop and reverse” indikator menunjukkan perubahan kepada uptrend di carta bulanan dan mingguan.
Walau bagaimanapun, permintaan untuk Dollar dijangka terus meningkat, walaupun buat masa ini, para pelabur dan pengurus dana lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat, gara-gara Federal Reserve Amerika yang mungkin boleh berubah pendirian pada bila-bila masa. Keadaan ini telah pun dilihat pada Suisse National Bank baru-baru ini, apabila melupuskan ikatan kepada Euro pada nilai 1.2000 Swiss Francs; walaupun sebelumnya beria-ia mengatakan akan mempertahankannya.