Harga emas meningkat sekitar $23/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,103.55/oz sebelum menutup sekitar paras $1,095.70/oz; selepas indeks kos pekerjaan AS dilaporkan lebih buruk dari jangkaan dan sebelumnya. Angka tersebut 0.2% adalah jauh lebih rendah dari jangkaan 0.6% dan 0.7% pada sebelumnya; sekaligus meragukan pasaran tentang kenaikan “interest rate” AS pada September ini.
Kelemahan dalam gaji pekerja telah menjadi kebimbangan berterusan di Federal Reserve AS dan mungkin menjadi penentu dalam keputusan mereka, sama ada untuk menaikkan kadar atau tidak tahun ini. Pada sidang akhbar selepas mesyuarat FOMC Jun lalu, Pengerusi Feds Janet Yellen berkata, “Ada beberapa tanda-tanda awal yang menunjukkan pertumbuhan gaji pekerja. Kami telah melihat peningkatan dalam kadar pertumbuhan indeks kos pekerjaan (ECI).”
Emas mendapat rangsangan daripada penurunan dalam Dollar, dan mencapai paras $1,100 semula sebelum jatuh semula apabila data Chicago PMI AS mengatasi jangkaan. Kemudian sentimen pengguna Universiti Michigan telah disemak semula kepada lebih rendah. Memandangkan pemulihan ekonomi yang tidak sama rata, mesyuarat FOMC pada September akan menjadi menarik.
Kenaikan kadar sebelum akhir tahun ini bukanlah suatu perkara yang pasti. Apabila ianya menjadi semakin jelas, penamatan keatas kontrak pembelian Dollar bakal dipercepatkan. Itu akan meletakkan pengapungan ke atas emas dan menjerih kontrak penjualan di pasaran kewangan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni