Emas berada dalam dagangan “ranging” Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $16, mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,283.30 dan terendah sekitar $1,266.21/troy oz, apabila kegusaran para pelabur terhadap krisis politik Greece mula mereda. Pada masa yang sama, laporan ekonomi China sebagai kuasa ekonomi terbesar Asia dan ke-3 terbesar dunia yang kurang memberansangkan; menyebabkan harga komoditi global jatuh.
Harga emas dan perak telah terumbang-ambing, apabila para pelabur mula membuat penilaian semula, terhadap masa yang lebih sesuai untuk Federal Reserve AS menaikkan “interest rate”. Menurut Ronald Peter, seorang pengurus dana di Incrementum AG dan pengarang laporan “In Gold We Trust”; dengan keadaan bank pusat serata dunia yang bersemangat untuk mengatasi deflasi, emas berada pada tahap sesuai untuk belian terutamanya bila harga mencecah sekitar harga kos produksi $1,200.
Di pasaran hadapan, “open interest” kontrak Februari 2015 terus mengurang dari 8,455 kepada 2,779 berbanding kontrak April 2015 yang terus mendapat permintaan, dengan mencapai “open interest” sebanyak 295,256 berbanding 289,233. Pasaran dijangka terus ranging sehingga Jumaat ini, apabila data NFP Amerika Syarikat dilaporkan.