• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Kisah Trader Misteri Jepun, Jana Keuntungan $34 Juta Ketika Ramai Orang Panik

Kisah Trader Misteri Jepun, Jana Keuntungan $34 Juta Ketika Ramai Orang Panik

2 June 2018
Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

2 November 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

2 November 2026
Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

2 November 2026
Ringkasan Pagi: Saham Asia Merosot, Minyak Susut

Ringkasan Pagi: Saham Asia Merosot, Minyak Susut

2 November 2026
KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

KDNK Zon Eropah Tembus 0.4%! Pulih Atau Sekadar Menutup Masalah Besar?

30 October 2026
Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

30 October 2026
Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

KDNK Kanada ‘Beku’ 2 Bulan Berturut-Turut! Pasaran Mula Cemas Prospek Suku Akhir 2026

30 October 2026
Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

30 October 2026
Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

30 October 2026
BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

30 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Monday, 2 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

    BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    BTC Menghampiri Fasa Pergerakan Besar, XRP Masih Mendatar

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Pelbagai

Kisah Trader Misteri Jepun, Jana Keuntungan $34 Juta Ketika Ramai Orang Panik

Team INTRADAY by Team INTRADAY
2 June 2018
in Artikel Pelbagai
0
Kisah Trader Misteri Jepun, Jana Keuntungan $34 Juta Ketika Ramai Orang Panik

Day Trader CIS : Gambar dari Shiho Fukada/Bloomberg

216
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Walaupun banyak pelabur menekan butang panik pada Isnin 24 Ogos 2015 itu, seorang ‘day trader’ dari Jepun membuat pertaruhan besar terhadap pasaran dan menceritakan langkah-langkah tradingnya kepada lebih 40,000 pengikut Twitter beliau. Beliau mendakwa telah berjaya menjana keuntungan melalui day trading sebanyak $ 34 juta.

Apabila pasaran kewangan menjadi gila pada minggu itu, ramai orang berhati-hati. Ada yang lumpuh apabila akaun ‘stop-out’. Tetapi tidak bagi trader berusia 36 tahun itu yang dikenali dengan nama internet CIS.

“Saya melakukan yang terbaik apabila orang lain mula panik,” katanya dalam satu temu bual, kira-kira satu jam selepas menutup perdagangan besar dalam kerjaya pasaran saham beliau. Beliau mahu nama sebenarnya tidak digunakan kerana bimbang dirompak atau diperas ugut. Untuk menyokong dakwaannya, beliau berkongsi penyata broker dalam talian yang menunjukkan dagangannya saat demi saat.

CIS telah menjual di pasaran niaga hadapan Nikkei 225 sejak pertengahan Ogos, kerana menjangkakan ia akan jatuh. Pada penutup pasaran pada hari Isnin itu, beliau merenung keuntungan kertas sebanyak $ 13 juta. Tetapi dia masih dalam posisi menjual dan “hold” kedudukan tersebut. Apabila dia menutup dan keluar dari posisi pada lewat malam itu, kejatuhan di New York telah menyebabkan keuntungannya berganda.

Beliau tidak merayakan keuntungannya, sebaliknya dia terus berdagang. Beliau memulakan pertaruhan bahawa pasaran telah mencapai dasar akar. Apabila dia akhirnya mengambil keuntungan pada hari Selasa, beliau menulis tweet, “Itulah akhir epik dagangan saya.” Keuntunganya, dikatakan telah mencapai tiga kali ganda.

“Ia adalah dagangan yang sempurna,” kata Naoki Murakami, yang mengikuti CIS di Twitter dan blog beliau telah menjadikannya seorang selebriti kecil.

Day Trader dikenali dengan nama CIS, trade 1.7 trillion yen bersamaan sekitar 17 billion USD.  Dikatakan mempunyai keuntungan sekitar 6 billion yen setelah cukai.
Day Trader dikenali dengan nama CIS, trade 1.7 trillion yen bersamaan sekitar 17 billion USD. Dikatakan mempunyai keuntungan sekitar 6 billion yen setelah cukai.

Sembang Kosong

Tahun lalu, apabila dia menjadi subjek profil dalam majalah Bloomberg Markets, CIS berkata bahawa dalam satu dekad perdagangan, yang kebanyakannya dibuat dari bilik tidur extra, di dalam sebuah apartmen yang disewa, dia telah mengumpulkan kekayaan sebanyak kira-kira $150 juta. Pada masa itu, beliau berkongsi penyata cukai dan penyata broker untuk menyokong dakwaan beliau. Satu dokumen menunjukkan beliau telah meniagakan sebanyak $14 bilion dari pasaran ekuiti Jepun pada tahun 2013 – kira-kira separuh daripada 1% daripada semua urus niaga saham yang dilakukan oleh individu-individu di Bursa Saham Tokyo pada tahun itu.

CIS menjadi tokoh kecil di kalangan masyarakat ‘day traders’ Jepun apabila bersembang kosong di papan mesej internet pada awal kerjayanya. Dia terkenal dengan ungkapan seperti “Goldman Sachs pun tidak boleh mengalahkan saya dalam trading.” Tahun lepas dia membuka akaun Twitter, di mana beliau bercakap mengenai permainan video dan tradingnya. Ia adalah mustahil untuk mengatakan berapa ramai pengikutnya yang juga ‘day traders, dan berapa ramai daripada mereka yang membeli dan menjual seperti beliau. Mereka yang berbuat demikian, adalah mungkin sekali membantunya membuat wang.

Bermain Poker

Dalam temu bual di sebuah kedai kopi di Tokyo, di mana beliau telah bersetuju untuk bercakap sebelum meneruskan permainan poker dengan rakan-rakan, beliau menjelaskan dagangan baru-baru ini langkah demi langkah. Berpakaian T-shirt kelabu biasa dengan kemeja flanel terikat pada pinggangnya, beliau memantau akaun pada iPad. “Sudah tentu saya gembira hari ini, tetapi ada untung dan adakalanya anda rugi banyak juga,” katanya, sambil menjelaskan krisis kewangan Greek yang telah mengakibatkan dia kerugian kira-kira $6 juta.

CIS berkata beliau tidak tahu sama ada China akan menyeret ekonomi global ke bawah. Dia tidak peduli. Apabila berdagang, beliau menjejaki jumlah dan harga yang bergerak mengikut momentum. Baginya peraturan asas adalah: “Beli saham-saham yang dibeli, dan jual saham-saham yang dijual.”

Day Trader CIS : Gambar dari Shiho Fukada/Bloomberg
Day Trader CIS : Gambar dari Shiho Fukada/Bloomberg

Perdagangan terkini

Perdagangan terkini bermula pada 12 Ogos, apabila CIS perasan perubahan dalam pasaran ekuiti yang tidak dilihat untuk sekian lama. Saham-saham dalam indeks utama telah bergelut untuk pulih daripada jualan besar-besaran. Beliau memulakan jualan hadapan untuk Nikkei: 200 kontrak pada hari pertama dan 1,300 kontrak lagi dalam masa lebih seminggu setengah yang berikutnya.

Pertaruhannya adalah sangat besar. Dengan 1,500 kontrak pada nilai kira-kira $160,000 setiap satu, pertaruhan CIS terhadap Nikkei adalah kira-kira $240 juta. Untuk setiap pergerakan ¥100 dalam indeks, dia bersedia untuk untung atau rugi sebanyak $1.25 juta.

Pasaran kebanyakannya rata dalam tempoh beberapa hari akan datang; CIS menghabiskan masa dengan bermain permainan video. Pada hari Jumaat 21 Ogos, Nikkei menurun. Kemudian pada hari Isnin, indeks menjunam paling banyak dalam masa dua tahun, dan pasaran niaga hadapan jatuh lebih 1,000 mata kepada 18,410.  Pada penutup pasaran pukul 3 petang di Tokyo, keuntungan beliau berjumlah kira-kira $13 juta.

Ini adalah masa di mana kebanyakan traders akan mengambil untung mereka dan merayakan kejayaan tahun itu. Tetapi tidak bagi CIS.

“Saya menambah posisi kedudukan saya,” tulisnya di Twitter. “Kemudian saya pergi berjalan-jalan dan berdoa. Ha ha”

Dia menjual lagi 100 kontrak pasaran hadapan. Dua jam kemudian, dia menjual lagi 100.  Pertaruhannya terhadap Nikkei telah meningkat kepada kira-kira $275 juta. Dia akan kehilangan $1.4 juta dengan setiap kenaikan ¥100 dalam indeks.

[adrotate group=”5″]

Logiknya untuk terus memegang kedudukan beliau sehingga pasaran Amerika Syarikat buka, pada jam 10:30 malam waktu Tokyo, situasi panik boleh menarik perhatian pelabur Amerika yang kembali dari hujung minggu, selepas mereka melihat skop jualan Asia, termasuk kejatuhan 8.5% di Shanghai. Keadaan itu akan mencetuskan jualan, menarik niaga hadapan Nikkei 225 ke bawah dengan drastik ditengah-tengah dagangan nipis lewat malam Tokyo.

“Saya rasa akan ada banyak ketakutan ketika pembukaan pasaran Amerika Syarikat dan itulah apa yang saya sasarkan,” katanya.

Dow Jones Industrial Average jatuh lebih daripada 6% pada awal dagangan. Niaga hadapan Nikkei jatuh lagi, mencecah ¥1,250 di bawah paras penutupan. CIS, dirumah dalam baju tidur beliau, akhirnya menutup jualan beliau dengan keuntungan mencecah $27 juta.

“Terlalu Lazat”

Masih terdapat lebih banyak wang yang boleh dibuat dari panik tersebut.  Sesetengah pelabur pada malam itu sanggup membayar premium yang besar untuk opsyen yang melindungi daripada kejatuhan Nikkei di bawah 10,500. Ia adalah kejatuhan hampir 40%.  Pada pandangan CIS, pelabur tersebut telah membeli insurans untuk suatu perkara yang mustahil.

Beliau gembira untuk mengambil kontra kepada perdagangan itu. Kontrak tersebut bernilai $250,000. Beliau membuat tawaran pertama dalam masa 10 saat pada masa yang terbukti menjadi dasar pasaran pada jam 10:34 malam waktu Tokyo.

“Terlalu lazat,” tulis beliau dalam Twitter.

Kira-kira sejam kemudian, apabila CIS menjadi lebih yakin dalam rebound trading, dia mula membeli kontrak niaga hadapan Nikkei. Sekarang permainannya adalah bertentangan dengan jualan yang dia lakukan seharian. Pada jam 1:00 pagi Selasa, dia mengumpul 970 kontrak, dengan pertaruhan sebanyak $145 juta bahawa pasaran akan mula mendaki.

Dia membuat satu lagi perdagangan sebelum tidur, beberapa lagi kontrak opsyen dijual kepada traders yang panik. Ianya bernilai $6,250. Pada ketika itu, jam 1:40 pagi Tokyo, dia seorang kaya yang membongkok untuk mengambil beberapa sen.

Beliau menulis tweet terakhir pada 2:00 pagi Tokyo “Hari yang baik. Masih memegang kepada semua belian saya,” katanya. “Masa untuk tidur.”

Dagangan Rebound

CIS kembali ke Twitter lima jam kemudian. Pasaran niaga hadapan Nikkei dibuka pada kira-kira 18,000 dan perlahan-lahan pulih. Awal petang itu, dia menutup kedudukan beliannya.

Di kedai kopi pada hari yang sama, nampak CIS agak sambil lewa untuk seorang lelaki yang telah membuat berpuluh-puluh juta dolar dalam masa kurang daripada 24 jam. Bagi beliau, ia hanyalah satu daripada ribuan trade yang akan dibuat pada tahun ini.

“Apabila trade saya menjadi, saya rasa seperti bercakap besar sedikit, tetapi saya tidak akan berada di Twitter jika saya rugi,” katanya sambil ketawa.

Keuntungan berkait rapat dengan proses withdraw yang mudah. Masih mencari-cari broker yang mudah urusan deposit/withdraw, klik banner di bawah :
[adrotate group=”5″]

ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

by Team INTRADAY
30 October 2026
0

Berita besar sudah keluar. Sekarang masa untuk bedah reaksi pasaran. Malam ini, sertai Intraday Education secara bersemuka untuk sesi perbincangan...

Emas Junam Ke Paras $2,020, Sikit Pun Tak Goyang!

XAU/USD Melantun Walaupun CPI Tinggi?

by Team INTRADAY
15 October 2026
0

Harga emas meningkat 0.99% kepada $4,145 setakat dagangan terkini, meskipun bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan...

Tak Masuk Takut Tertinggal, Dah Masuk Takut Rugi

Tak Masuk Takut Tertinggal, Dah Masuk Takut Rugi

by Team INTRADAY
15 September 2026
0

Mula-mula buka chart sekadar mahu tengok. Tiba-tiba harga mula bergerak laju. Candle semakin panjang, group Telegram semakin bising dan media...

“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap

“Aku Cuma Nak Balik Modal”: Ayat yang Membuatkan Trader Terus Terperangkap

by Team INTRADAY
9 September 2026
0

Pada mulanya, modal dalam akaun berjumlah RM4,000. Selepas beberapa posisi yang tidak menjadi, baki berkurang kepada RM2800. Ketika itu, matlamat...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

2 November 2026
Ringkasan Pagi: Saham Asia Merosot, Minyak Susut

Ringkasan Pagi: Saham Asia Merosot, Minyak Susut

2 November 2026
Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

30 October 2026
Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

0
Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

0
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

0
Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

Harga Minyak Menjunam, Pasaran Mula Yakin Konflik AS-Iran Reda

2 November 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

2 November 2026
Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

Harga Emas Pulih, Pembeli Mula Ambil Peluang

2 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.