Dollar Yen melonjak lebih 65 pips dari paras terendah harian, sekitar 119.10 Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 119.80 sebelum menutup pada sekitar 119.57; selepas GDP tahunan Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 2.2% berbanding 2.1% walaupun lebih rendah dari sebelumnya 2.6% Setiap data yang menunjukkan kekuatan ekonomi AS yang bertambah baik, akan menguatkan sentimen kenaikan “interest rate” pada tahun ini.
“Consumer sentiment index” AS yang juga dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 95.4 berbanding 94.0 menambahkan permintaan untuk Dollar berbanding Yen, walaupun “purchasing managers index” agak merisaukan apabila jatuh dibawah 50 pada 45.8 Di Jepun pula, keadaan diburukkan apabila hampir semua data ekonomi dilaporkan meleset dari jangkaan, kecuali “national CPI” tahunan yang dilaporkan stabil.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun, Dollar dijangka bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika “ISM manufacturing PMI” AS dilaporkan lebih baik dari sebelumnya pada 53.5 Walau bagaimanapun, dengan “monetary base” Jepun yang dijangka mengurang dari 37.4% kepada 24.3%, tidak mustahil untuk Yen menggugat semula kedudukan Dollar, terutamanya apabila akhir tahun korporat Jepun pada April 2015 diambil kira.