Kontrak pintar di platform Cardano (ADA) telah ditetapkan pelancarannya pada bulan ini.
Menerusi twit rasmi Input Output pada 8 September, pihak mereka telah berjaya menghantar cadangan kemaskini ke mainnet Cardano dan menetapkan pelancaran kontrak pintar pada 13 September 2021, 5:44 pagi waktu tempatan.
LAUNCH CONFIRMED: Today, around 17:26 UTC we successfully submitted an update proposal to the #Cardano mainnet, to trigger a hard fork combinator event on Sunday 💪🙌 #Cardano $ADA 1/6 pic.twitter.com/rEtjrdGiBV
— Input Output (@InputOutputHK) September 7, 2021
Khabar ini juga turut disahkan oleh pengasas Cardano, Charles Hoskinson dalam vlognya yang dikongsi di platform Youtube.
Kontrak pintar diperkenalkan di rangkaian ini dengan tujuan untuk menyokong aplikasi desentralisasi yang diusahakan oleh pembangun.
Bagaimanapun, fungsi kontrak pintar yang diusahakan Cardano akan berfungsi jika diterapkan dengan baik mengikut bahasa pengaturcaraan (programming language), Plutus.
Adakah ada potensi ADA untuk melonjak ke paras $5 menjelang pelancaran kontrak pintar?
Selepas menyusut di bawah $1.50 bagi hampir majoriti separuh pertama 2021, Cardano akhirnya merekodkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $3.16 sebaik sahaja khabar kontrak pintar diumumkan pada Ogos.
Bagaimanapun, ketika penulisan ADA didagangkan pada $2.45, susut lebih 6% dalam 24 jam dan 20.62% sejak ATH pada 2 September.