Seperti yang dijangka, selepas Tesla membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC) pasti akan ada firma lain yang turut mengikuti trend itu.
Terbaru, Nexon Co. dilaporkan telah membeli sejumlah aset bitcoin bernilai $100 juta, menjadikan ia salah satu firma terkini yang menyertai gelombang kripto.
Nexon ditubuhkan pada 1994, firma yang memfokuskan kepada penghasilan, pembangunan dan pengoperasian permainan online dan dunia virtual.
Gedung kepada permainan online MapleStory dan Counter-Strike ini telah membeli 1,717 bitcoin ketika harganya mencatatkan sekitar $58,226 seunit, termasuk kos pembelian.
Pembelian tersebut mewakili kurang daripada 2% jumlah tunai dan setara tunai yang dimiliki oleh syarikat penyedia permainan online itu. Malah, ia juga merupakan rekod pembelian terbesar aset digital yang pernah dilakukan oleh firma di Tokyo.
Menurut ketua pegawai eksekutif Nexon, Owen Mahoney pembelian bitcoin membuktikan mereka bersungguh untuk melindungi nilai pemegang saham termasuk mengekalkan kuasa pembelian aset tunai.
Sebagai rekod, trend ini bermula apabila MicroStrategy membeli 21,000 BTC ($250 juta) pada Ogos 2020, diikuti dengan Square ($50 juta) pada Oktober dan Tesla ($1.5 bilion) pada akhir 2020.