Kalau anda perasan, sekitar hujung tahun 2020 banyak juga Team Intraday melaporkan berita yang mengaitkan dengan token DeFi. Misalnya AAVE yang semakin mengukuh dan SUSHI laju menyaingi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).
Recap semula apa itu DeFi: Merupakan kontrak pintar yang beroperasi di blockchain Ethereum. Dengan cara ini anda boleh mengaut faedah, mendapatkan pinjaman, perdagangan aset dan banyak lagi tanpa bergantung kepada pihak ketiga.
Jadi, apa yang penting tentang token DeFi?
- Token DeFi adalah satu evolusi baru dalam sektor kewangan kripto kerana wujudnya token ini anda boleh meminjam atau memberi pinjaman dalam rangkaian peer-to-peer atau mengambil insurans secara langsung tanpa melibatkan bank.
- Token DeFi bukan sahaja bertujuan untuk menetapkan standard baru dari segi ketelusan dan akses tetapi juga mahu mengurangkan kos perkhidmatan kewangan dan memastikan proses transaksi yang cepat dengan ciri automasi.
- Dengan platform yang tidak berpusat (decentralized), token merealisasikan apa yang mustahil. Misalnya, menjadikan peluang pelaburan dan perdagangan dapat diakses oleh individu yang belum memasuki komuniti ini dengan potensi yang besar.
- Kebanyakan projek DeFi boleh dikatakan masih tunas dan itu yang membuktikan sektor ini sedang berkembang. Namun, segelintir pemain besar sudah mula memberi perhatian, mungkin didorong oleh spekulasi dan sudah tentu projek yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama, akan membawa lebih banyak pemain dalam industri ini.
- Mungkin melabur dalam matawang Ethereum (ETH) terjamin dari sebarang risiko dan lebih menarik berbanding pelaburan dalam token DeFi. Tetapi tahukah anda, memandangkan hampir semua token DeFi beroperasi di blockchain Ethereum secara tidak langsung akan membawa kepada peningkatan harga ETH.
Mungkin ketika artikel ini disiarkan, ada diantara kalian yang sudah melabur dalam token DeFi. Tetapi, tidak terlambat untuk pihak Team Intraday mengingatkan pelaburan token DeFi boleh dikatakan satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Apa-apa pun, sebelum melabur pastikan anda sudah jelas dan faham latar belakang token DeFi pilihan. Atau, anda boleh kemukakan sebarang persoalan dan perbincangan bersama komuniti Intraday di laman Forum Intraday.