Token AAVE Terus Mengukuh, Catat Nilai Tertinggi Terbaru Lebih $120

708

Ketika pasaran kripto menunjukkan trend bullish, harga token Aave (AAVE) tanpa disangka melonjak mendadak, mencatat rekod all-time high terbaru berturut-turut.

Tidak dinafikan 2020 menyaksikan kejayaan Aave sebagai token DeFi dengan lonjakan harga AAVE daripada $2 pada Januari 2020 kepada all-time high malam tadi, $123.92.

Pertumbuhan platform pinjaman tidak berpusat ini dilihat semakin kukuh dengan penambahbaikan asas, peningkatan yang stabil dalam jumlah nilai terkunci (total value locked, TVL) di platform dan penciptaan token koleksi kripto (crypto-collectibles) dan komuniti berasaskan DeFi, Aavegotchi.

Lonjakan terbaru membuktikan harga AAVE telah meningkat sebanyak 52.6% dalam 3 hari yang lalu.

Penganalisis mengaitkan keuntungan ini didorong oleh pengumuman penyenaraian AAVE dalam platform pertukaran kripto, Coinbase pada 15 Disember lalu.

Berdasarkan rekod DeFi Pulse, jumlah metrik nilai terkunci di platform tersebut mencecah lebih $2.6, menjadikan Aave platform kedua DeFi kedua tertinggi selepas Maker.

Platform tersebut juga dilihat saling bertindak balas dengan TVL di platform dan pergerakan harga Bitcoin (BTC).

Ketika harga BTC melonjak, nilai TVL di platform Aave juga turut meningkat.

Pada masa penulisan, AAVE mencatatkan harga $113.34 melonjak 8% daripada nilai terendah 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat