Kerajaan Johor baru-baru ini mengumumkan berita yang pasti melegakan penduduk negeri itu.
Potongan sebanyak 30% bagi cukai penilaian semula tahun 2025 untuk 10 pihak berkuasa tempatan!
Keputusan ini diambil setelah perbincangan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi memastikan kesan kenaikan cukai tidak terlalu membebankan rakyat di negeri itu.
Pihak berkuasa tempatan yang terlibat termasuk Batu Pahat, Muar, Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Tangkak, Yong Peng, Simpang Renggam, Mersing, dan Labis.
Potongan ini dijangkan akan meringankan beban rakyat selepas penilaian semula yang menunjukkan kenaikan nilai hartanah sebanyak RM29.93 bilion (36%) sejak 2013.
Dengan kadar cukai yang disesuaikan, Johor menunjukkan bagaimana negeri itu dapat menguruskan kenaikan nilai hartanah sambil memastikan rakyat tidak terhimpit dengan cukai yang lebih tinggi.
Ini merupakan langkah pintar bagi menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat!